Followers

Keperluan Untuk Mendaftarkan diri sebagai Ahli Wataniah

SALAM skuad!
PERHATIAN! kepada semua student MICET yg berminat untuk menganggotai ASKAR WATANIAH, dan layak untuk menjadi sebahagian dari kami, sila berjumpa Noraidayu Idris atau Muhamad Haffiz Sahrum.

Untuk mempercepatkan permohonan,sila sediakan:-
-4 salinan ic
-4 salinan surat beranak
-4 salinan sijil SPM
-4 salinan sijil berhenti sekolah
-4 salinan statement akaun bank (Cimb,BSN,Maybank or Affinbank)/ salinan buku bank
-4 gambar bersaiz pasport.

Penyertaan anda dialu-alukan oleh kami..
Sekian ,terima kasih!


Thursday, September 8, 2011

Selamat Hari Raya...

Di kesempatan ini, marilah kita sama bermaaf-maafan. Lupakan segala kesulitan yang telah berlaku. Marilah kita sama-sama mengorat langkah untuk terus maju.

Masih tidak terlewat lagi untuk mengucapkan selamat tinggal Ramadhan al-mubarak. Semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik sepanjang hidup kita ini. Berdoa la wahai sahabat, untuk kita dipanjangkan umur supaya boleh kita berjumpa lagi dengan ramadhan yang akan datang.

Berkhidmat untuk negara.

Yang Benar,
N.A.Z

Majlis Berbuka Puasa di Kem Tampin.

Pada 20 Ogos 2011, Kelab Askar Wataniah UniKL Micet telah menghadiri majlis berbuka puasa bersama dengan anggota askar tetap di Kem BN 2 Tampin. Seramai lebih kurang 30 ahli kelab yang telah menghadirkan diri bagi menjayakan program ini. Tidak ketinggalan juga tetamu kehormat serta pegawai-pegawai tinggi dan anggota tetap lain-lain pangkat turut memeriahkan majlis berbuka puasa ini. Kesemua ahli kelab berkumpul di kaferia untuk menaiki trak yang telah disediakan untuk menghadiri majlis tersebut pada pukul 6.30 petang.

Kami sampai pada pukul 6.45 petang dan disambut oleh anggota askar tetap di kem bersama-sama dengan pegawai pemerintah BN2, Lt.Kol Azlan Shah Bin Datuk Dr. Aziz Shah. Kami turut membantu anggota tetap kem menyediakan makanan untuk berbuka puasa. Kesemua ahli kelab berganding bahu dalam menyediakan makanan untuk tetamu-tetamu kehormat seperti ketua pegawai pemerintah Kem BN 2 Tampin, penolong pegawai pemerintah,pegawai-pegawai tetap ,pegawai-pegawai sukarelawan serta jurulatih-jurulatih Kem BN 2 Tampin.

Majlis berbuka puasa dimulakan dengan berbuka dengan kurma dan kuih-muih yang telah disediakan oleh pihak kem sendiri. Kemudian, kesemua ahli kelab bersama-sama dengan anggota kem menunaikan solat fardu maghrib sebelum menjamu selera. Selepas menunaikan solat maghrib berjemaah, kami semua dijemput untuk menjamu selera beramai-ramai. Selesai menjamu selera, kami bersama-sama bergotong –royong mengemas dan membasuh pinggan-mangkuk sebelum menunaikan solat isyak dan solat sunat terawih.

Selepas menunaikan solat sunat terawih, pihak kem juga telah menyediakan bubur gandum sebagai pencuci mulut atau dikenali sebagai “more”. Tepat jam 10.00 malam semua ahli kelab beransur pulang ke UniKL Micet. Kami dibekalkan dengan lauk-lauk sebagai makanan untuk sahur. Kesemua ahli kelab pulang menaiki trak yang telah disediakan.Majlis bersurai tepat jam 10.15 malam.

Yang Benar,
Amira Azizah

Kawad Formasi selaku 2 Pengawal(KADAR)