Followers

Keperluan Untuk Mendaftarkan diri sebagai Ahli Wataniah

SALAM skuad!
PERHATIAN! kepada semua student MICET yg berminat untuk menganggotai ASKAR WATANIAH, dan layak untuk menjadi sebahagian dari kami, sila berjumpa Noraidayu Idris atau Muhamad Haffiz Sahrum.

Untuk mempercepatkan permohonan,sila sediakan:-
-4 salinan ic
-4 salinan surat beranak
-4 salinan sijil SPM
-4 salinan sijil berhenti sekolah
-4 salinan statement akaun bank (Cimb,BSN,Maybank or Affinbank)/ salinan buku bank
-4 gambar bersaiz pasport.

Penyertaan anda dialu-alukan oleh kami..
Sekian ,terima kasih!


Sunday, March 24, 2013

Taniah Kepada Penerima Anugerah "DATUK"

Tahniah kepada semua peserta Ekspidisi  Pendakian Gunung Datuk pada 24 Mac 2013. Ekspidisi ini merupakan salah satu Latihan Tempatan Askar Wataniah BN2, Tampin. Diharapkan semua ahli yang bernombor, dapat menghadirkan diri untuk memeriahkan lagi Latihan Tempatan.


*p/s : Jangan terpadaya dengan tajuk yang "HANGAT".

Monday, March 18, 2013

Tabung Wira Lahad Datu : Media Perima

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat.


Operasi Daulat : Lahad Datu

Wajah-wajah perwira negara yang terkorban dan cedera di Lahad Datu.

Senarai anggota keselamatan terkorban

        1 Mac 2013 - ASP Zulkifli Mamat, 29, dari Pasukan Polis Komando VAT 69
        1 Mac 2013 - Sjn Sabaruddin Daud, 46, dari Pasukan Komando VAT 69
        2 Mac 2013 - ACP Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman.
        2 Mac 2013 - ASP Michael Padel, 36, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna
        2 Mac 2013 - Sjn Abdul Azis Sarikon, 48, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.
        2 Mac 2013 - L/Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27, dari Pasukan Gerakan Am Tawau
        2 Mac 2013 - Sjn Detektif Baharin Hamit, 49, dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah
        2 Mac 2013 - Kpl Salam Tugiran, 42, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau
        12 Mac 2013 - Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Batalion 7 RAMD Tawau.
        12 Mac 2013 - Prebet Ahmad Farhan Ruslan, 21

Seorang cedera :

         Kpl 1124833 Khairul Anuar

Kami ahli Kelab Wataniah UniKL MICET mengucapkan takziah kepada ahli keluarga yang terlibat.






Wednesday, January 30, 2013

Tahniah Tuan Ahmad Ridhwan !!!

27 Januari 2013 bersamaan dengan 16 Rabiul Awal 1434 telah mencatatkan sejarah baru Kelab Wataniah UniKL MICET kerana salah seorang dari ahlinya iaitu mantan presiden kelab telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Ahmad Ridhwan, Askar Wataniah Batalion Ke-2 Rejimen 508. Kami warga kelab Wataniah mengucapkan sekalung tahniah. Semoga maju jaya.


Dari Kiri Tuan Ahmad Ridhuan bersama Presiden Kelab Wataniah Muhamad Haffiz

Monday, January 21, 2013

$$$ Elaun Wataniah Dinaikkan $$$

Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TenteraterimaRM200sebulan/Article/index_html



Tentera terima RM200 sebulan

Kuala Lumpur: Seramai 125,708 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal menerima bayaran insentif khas RM200 sebulan, berkuat kuasa 1 Januari depan.

Insentif khas itu membabitkan peruntukan RM301 juta.
Bagi menghargai peranan pasukan simpanan angkatan tentera pula, elaun khidmat bertugas anggota biasa dinaikkan RM2 kepada RM6 sejam, manakala elaun pegawai dinaikkan kepada RM7.80 sejam berbanding kadar elaun lama, RM5.80 sejam.

Kenaikan elaun bertugas

Kenaikan elaun bertugas itu membabitkan 65,000 anggota simpanan ATM merangkumi askar Wataniah dan Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut dan Udara di seluruh negara.

Sebagai menghargai jasa bekas tentera yang bersara awal kerana berkhidmat kurang 21 tahun, kerajaan akan menyumbangkan RM1,000 kepada 224,000 pesara tentera ini yang mana peruntukan sebanyak RM224 juta akan dikongsi bersama kerajaan dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

Skim insurans

Kerajaan juga bersetuju memperuntukkan RM12 juta bagi memperkenalkan Skim Perlindungan Insurans Berkelompok kepada anggota tentera dan polis yang sedang berkhidmat.

Skim itu akan memberi had perlindungan maksimum sehingga RM15,000 kepada hampir 242,000 anggota tentera dan polis yang sedang berkhidmat.

Syarat lantikan bagi skim perkhidmatan ATM pula akan ditambah baik dengan kelayakan masuk bagi jawatan pegawai ditingkatkan kepada Ijazah Sarjana Muda Kepujian.

Kelayakan minimum SPM

Untuk pengambilan askar askar pula, kelayakan minimum ditingkatkan kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma berdasarkan skop tugas.

Kerajaan turut bersetuju untuk meningkatkan peluang kenaikan pangkat anggota ATM melalui kaedah time-based, anggota prebet ke Lans Koperal dan Lans Koperal ke Koperal dalam tempoh lapan tahun perkhidmatan dengan memenuhi syarat serta prestasi memuaskan.

Usaha itu akan memberi faedah kepada 78,123 anggota membabitkan peruntukan sebanyak RM107 juta.

KANANG ANAK LANGKAU MENINGGAL DUNIA - Tokoh Keperwiraan Negara



PEJUANG negara yang berjuang pada zaman darurat diketuai oleh Datuk Kanang Langkau(kiri) diberi penghormatan sempena Sambutan Hari Malaysia Ke-49 di Bintulu,16 September tahun lalu.


KUCHING – Pahlawan Negara, Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau, meninggal dunia di Hospital Umum, di sini, dipercayai akibat serangan jantung, pagi tadi. Kanang, 65, adalah anak Sarawak yang menjadi kebanggaan negara kerana keberaniannya menentang komunis ketika bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari 1962 hingga 1963.





Amat menyedihkan. Perasaan sebak menyelubungi diri apabila mendapat berita bahawa Datuk Kanang Anak Langkau telah meninggal. Pada mereka yang tidak tahu siapa insan ini, Kanang adalah bekas anggota tentera Rejimen Renjer Diraja yang tubuhnya hampir musnah dirobek peluru komunis namun semangat juang yang tinggi menyaksikan bagaimana dia bangun daripada rebah dan kembali berjuang hingga beberapa anggota komunis mati ditangannya yang berlumuran darah! 

Biografi ringkas Kanang Anak Langkau boleh dilayari DISINI 

AGI IDUP AGI NGELABAN

Kawad Formasi selaku 2 Pengawal(KADAR)