Followers

Keperluan Untuk Mendaftarkan diri sebagai Ahli Wataniah

SALAM skuad!
PERHATIAN! kepada semua student MICET yg berminat untuk menganggotai ASKAR WATANIAH, dan layak untuk menjadi sebahagian dari kami, sila berjumpa Noraidayu Idris atau Muhamad Haffiz Sahrum.

Untuk mempercepatkan permohonan,sila sediakan:-
-4 salinan ic
-4 salinan surat beranak
-4 salinan sijil SPM
-4 salinan sijil berhenti sekolah
-4 salinan statement akaun bank (Cimb,BSN,Maybank or Affinbank)/ salinan buku bank
-4 gambar bersaiz pasport.

Penyertaan anda dialu-alukan oleh kami..
Sekian ,terima kasih!


Wednesday, January 30, 2013

Tahniah Tuan Ahmad Ridhwan !!!

27 Januari 2013 bersamaan dengan 16 Rabiul Awal 1434 telah mencatatkan sejarah baru Kelab Wataniah UniKL MICET kerana salah seorang dari ahlinya iaitu mantan presiden kelab telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Ahmad Ridhwan, Askar Wataniah Batalion Ke-2 Rejimen 508. Kami warga kelab Wataniah mengucapkan sekalung tahniah. Semoga maju jaya.


Dari Kiri Tuan Ahmad Ridhuan bersama Presiden Kelab Wataniah Muhamad Haffiz

Monday, January 21, 2013

$$$ Elaun Wataniah Dinaikkan $$$

Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TenteraterimaRM200sebulan/Article/index_html



Tentera terima RM200 sebulan

Kuala Lumpur: Seramai 125,708 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal menerima bayaran insentif khas RM200 sebulan, berkuat kuasa 1 Januari depan.

Insentif khas itu membabitkan peruntukan RM301 juta.
Bagi menghargai peranan pasukan simpanan angkatan tentera pula, elaun khidmat bertugas anggota biasa dinaikkan RM2 kepada RM6 sejam, manakala elaun pegawai dinaikkan kepada RM7.80 sejam berbanding kadar elaun lama, RM5.80 sejam.

Kenaikan elaun bertugas

Kenaikan elaun bertugas itu membabitkan 65,000 anggota simpanan ATM merangkumi askar Wataniah dan Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut dan Udara di seluruh negara.

Sebagai menghargai jasa bekas tentera yang bersara awal kerana berkhidmat kurang 21 tahun, kerajaan akan menyumbangkan RM1,000 kepada 224,000 pesara tentera ini yang mana peruntukan sebanyak RM224 juta akan dikongsi bersama kerajaan dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

Skim insurans

Kerajaan juga bersetuju memperuntukkan RM12 juta bagi memperkenalkan Skim Perlindungan Insurans Berkelompok kepada anggota tentera dan polis yang sedang berkhidmat.

Skim itu akan memberi had perlindungan maksimum sehingga RM15,000 kepada hampir 242,000 anggota tentera dan polis yang sedang berkhidmat.

Syarat lantikan bagi skim perkhidmatan ATM pula akan ditambah baik dengan kelayakan masuk bagi jawatan pegawai ditingkatkan kepada Ijazah Sarjana Muda Kepujian.

Kelayakan minimum SPM

Untuk pengambilan askar askar pula, kelayakan minimum ditingkatkan kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma berdasarkan skop tugas.

Kerajaan turut bersetuju untuk meningkatkan peluang kenaikan pangkat anggota ATM melalui kaedah time-based, anggota prebet ke Lans Koperal dan Lans Koperal ke Koperal dalam tempoh lapan tahun perkhidmatan dengan memenuhi syarat serta prestasi memuaskan.

Usaha itu akan memberi faedah kepada 78,123 anggota membabitkan peruntukan sebanyak RM107 juta.

KANANG ANAK LANGKAU MENINGGAL DUNIA - Tokoh Keperwiraan Negara



PEJUANG negara yang berjuang pada zaman darurat diketuai oleh Datuk Kanang Langkau(kiri) diberi penghormatan sempena Sambutan Hari Malaysia Ke-49 di Bintulu,16 September tahun lalu.


KUCHING – Pahlawan Negara, Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau, meninggal dunia di Hospital Umum, di sini, dipercayai akibat serangan jantung, pagi tadi. Kanang, 65, adalah anak Sarawak yang menjadi kebanggaan negara kerana keberaniannya menentang komunis ketika bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari 1962 hingga 1963.





Amat menyedihkan. Perasaan sebak menyelubungi diri apabila mendapat berita bahawa Datuk Kanang Anak Langkau telah meninggal. Pada mereka yang tidak tahu siapa insan ini, Kanang adalah bekas anggota tentera Rejimen Renjer Diraja yang tubuhnya hampir musnah dirobek peluru komunis namun semangat juang yang tinggi menyaksikan bagaimana dia bangun daripada rebah dan kembali berjuang hingga beberapa anggota komunis mati ditangannya yang berlumuran darah! 

Biografi ringkas Kanang Anak Langkau boleh dilayari DISINI 

AGI IDUP AGI NGELABAN

Kawad Formasi selaku 2 Pengawal(KADAR)