Followers

Keperluan Untuk Mendaftarkan diri sebagai Ahli Wataniah

SALAM skuad!
PERHATIAN! kepada semua student MICET yg berminat untuk menganggotai ASKAR WATANIAH, dan layak untuk menjadi sebahagian dari kami, sila berjumpa Noraidayu Idris atau Muhamad Haffiz Sahrum.

Untuk mempercepatkan permohonan,sila sediakan:-
-4 salinan ic
-4 salinan surat beranak
-4 salinan sijil SPM
-4 salinan sijil berhenti sekolah
-4 salinan statement akaun bank (Cimb,BSN,Maybank or Affinbank)/ salinan buku bank
-4 gambar bersaiz pasport.

Penyertaan anda dialu-alukan oleh kami..
Sekian ,terima kasih!


Thursday, September 8, 2011

Selamat Hari Raya...

Di kesempatan ini, marilah kita sama bermaaf-maafan. Lupakan segala kesulitan yang telah berlaku. Marilah kita sama-sama mengorat langkah untuk terus maju.

Masih tidak terlewat lagi untuk mengucapkan selamat tinggal Ramadhan al-mubarak. Semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik sepanjang hidup kita ini. Berdoa la wahai sahabat, untuk kita dipanjangkan umur supaya boleh kita berjumpa lagi dengan ramadhan yang akan datang.

Berkhidmat untuk negara.

Yang Benar,
N.A.Z

Majlis Berbuka Puasa di Kem Tampin.

Pada 20 Ogos 2011, Kelab Askar Wataniah UniKL Micet telah menghadiri majlis berbuka puasa bersama dengan anggota askar tetap di Kem BN 2 Tampin. Seramai lebih kurang 30 ahli kelab yang telah menghadirkan diri bagi menjayakan program ini. Tidak ketinggalan juga tetamu kehormat serta pegawai-pegawai tinggi dan anggota tetap lain-lain pangkat turut memeriahkan majlis berbuka puasa ini. Kesemua ahli kelab berkumpul di kaferia untuk menaiki trak yang telah disediakan untuk menghadiri majlis tersebut pada pukul 6.30 petang.

Kami sampai pada pukul 6.45 petang dan disambut oleh anggota askar tetap di kem bersama-sama dengan pegawai pemerintah BN2, Lt.Kol Azlan Shah Bin Datuk Dr. Aziz Shah. Kami turut membantu anggota tetap kem menyediakan makanan untuk berbuka puasa. Kesemua ahli kelab berganding bahu dalam menyediakan makanan untuk tetamu-tetamu kehormat seperti ketua pegawai pemerintah Kem BN 2 Tampin, penolong pegawai pemerintah,pegawai-pegawai tetap ,pegawai-pegawai sukarelawan serta jurulatih-jurulatih Kem BN 2 Tampin.

Majlis berbuka puasa dimulakan dengan berbuka dengan kurma dan kuih-muih yang telah disediakan oleh pihak kem sendiri. Kemudian, kesemua ahli kelab bersama-sama dengan anggota kem menunaikan solat fardu maghrib sebelum menjamu selera. Selepas menunaikan solat maghrib berjemaah, kami semua dijemput untuk menjamu selera beramai-ramai. Selesai menjamu selera, kami bersama-sama bergotong –royong mengemas dan membasuh pinggan-mangkuk sebelum menunaikan solat isyak dan solat sunat terawih.

Selepas menunaikan solat sunat terawih, pihak kem juga telah menyediakan bubur gandum sebagai pencuci mulut atau dikenali sebagai “more”. Tepat jam 10.00 malam semua ahli kelab beransur pulang ke UniKL Micet. Kami dibekalkan dengan lauk-lauk sebagai makanan untuk sahur. Kesemua ahli kelab pulang menaiki trak yang telah disediakan.Majlis bersurai tepat jam 10.15 malam.

Yang Benar,
Amira Azizah

Saturday, August 13, 2011

Majlis Berbuka Puasa Kelab Wataniah UniKL MICET

Pada 13 Ogos 2011, satu majlis berbuka puasa telah diadakan di dewan serbaguna UniKL MICET. Antara tetamu vip yang menghadirkan diri ialah Pegawai Memerintah Batalion 2 Rej 508 (AW) Kem Tampin, Penasihat Kelab Wataniah dan juga Presiden JPM UniKL MICET.

Tahniah diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa majlis tersebut. Tanpa kerjasama anda semua pastinya majlis tersebut tidak dapat berjalan dengan lancar. Berikut adalah ahli jawatankuasa majlis tersebut :-

PENGARAH PROGRAM: WAN KHALID BIN WAN OMAR

TIMBALAN PENGARAH PROGRAM: ANISAH BT ABD RAUH @ MANSOR

SETIAUSAHA: MOHD KHAIRUL AZRAN AZAINI B ABDUL RAHIM

BENDAHARI:
I. MUHAMAD HAFFIZ B. SAHRUM
II. NISHA BT MOHD NOR

EXCO MAKANAN: NORAIDAYU BT. MOHD IDRIS

EXCO LOGISTIK: MOHAMMAD AMIR FAKHRUDDIN BIN ZULKIFLI

EXCO PROMOSI:
I. AHMAD FAUZIE BIN HUSSIN
II. SITI ZAHIAH BT ABU KASSIM

Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis tersebut sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung.

Berikut antara coretan majlis tersebut :-














Yang Benar,
adzim

Club's Day 2011

Pada 30 Julai 2011, satu program tahunan UniKL MICET telah diadakan. Majlis ini adalah bertujuaan untuk pelajar UniKL MICET mendaftarkan diri sebagai ahli dalam kelab sukan dan juga bukan sukan.

Seramai 39 orang pelajar baru ambilan Julai 2011 telah menyertai Kelab Wataniah. Jumlah ini merupakan satu jumlah besar untuk meneruskan proses memartabatkan Kelab Wataniah di persada UniKL MICET.

Ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada Wataniah Kem Tampin (FB : Wataniah Kem Tampin ) Kerana telah terlibat secara langsungnya untuk menjayakan program tersebut. Pihak kem telah membantu kami untuk mendapatkan peralatan askar yang digunakan sebagai bahan pameran kepada pengunjung yang datang ke khemah kelab.

Ucapan terima kasih juga kepada Jawatankuasa Perwakilan Mahasiswa UniKL MICET ( FB : JPM MICET ) kerana telah menganjurkan program tersebut. Tahniah kepada anda semua kerana program tersebut telah berjalan dengan jayanya.

Tidak ketingalan juga semua ahli kelab yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program tersebut. Tidak kira sama ada persiapan sebelum majlis, semasa majlis mahupun selepas majlis. Kerjasama anda semua yang telah membuatkan program terebut berjalan dengan lancar.

Berikut antara coretan semasa majlis tersebut :-










Yang Benar,
adzim

Sekalung Perhargaan....

Saya secara peribadi dan juga mewakili Kelab Wataniah UniKL MICET, ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada saudara Faiz Nazli (FB : Faiz Nazli ) kerana dengan usaha beliau, mewujudkan blog ini.

Walaupun sudah lama meninggalkan MICET, sumbangan beliau masih lagi diingati terutamanya ahli kelab. Insyallah, kami barisan kepimpinan sesi 2011/12 akan meneruskan usaha beliau. Segala aktiviti yang kelab akan lakukan, akan dimasukkan di dalam blog ini. diharapkan semua ahli kelab dapat mengambil peluang untuk menjadi ahli blog ini.

Yang Benar,
adzim

Kawad Formasi selaku 2 Pengawal(KADAR)