Followers

Keperluan Untuk Mendaftarkan diri sebagai Ahli Wataniah

SALAM skuad!
PERHATIAN! kepada semua student MICET yg berminat untuk menganggotai ASKAR WATANIAH, dan layak untuk menjadi sebahagian dari kami, sila berjumpa Noraidayu Idris atau Muhamad Haffiz Sahrum.

Untuk mempercepatkan permohonan,sila sediakan:-
-4 salinan ic
-4 salinan surat beranak
-4 salinan sijil SPM
-4 salinan sijil berhenti sekolah
-4 salinan statement akaun bank (Cimb,BSN,Maybank or Affinbank)/ salinan buku bank
-4 gambar bersaiz pasport.

Penyertaan anda dialu-alukan oleh kami..
Sekian ,terima kasih!


Thursday, November 4, 2010

Komando negara Jiran!



Assalamualaikum squad!

Entry Khas kali ini menunjukkan bagaimana skuad elit negara jiran kita iaitu Komando negara Thailand melatih bakal-bakal pasukan komando mereka. Latihan Asas Komando yang dijalankan ini menyerupai latihan komando di Malaysia yang mana Pasukan Gerak Khas kita terdiri daripada 11GGK, Rejimen 21 dan 22 Komando penah melalui latihan sepeerti ini sebelum dipakaikan Beret Hijau dan Benet Komando sebagai simbolik bergelar KOMANDO.

Latihan ini menyerupai Komando Malaysia, mungkin latihan komando kita lebih keras?? Kita sendiri tidak dapat membayangkan bagaimana bentuk latihan komando Malaysia, terlalu SULIT untuk ditayangkan tetapi apa yang anda lihat selepas ini,bukan lah satu seksaan kepada mereka, ianya berbentuk latihan demi menjaga Kerahsian negara dari musuh negara. 

Sebelum anda saksikan antara gambar2 yang berjaya kami ambil ini, sama-sama kita renungkan dan menilai sendiri bagaimana jasa seorang askar lebih-lebih lagi pasukan elit ini sanggup menempuh latihan keras, dan seperti satuseksaan semasa latihan demi mempertahankan tanah air kita.































 Apa pesanan KOMANDO kepada anda yang ingin menyertainya????


" Kedatanganmu Tidak diundang, Jika ragu Sila Pulang"

KOMANDO TONGGAK TENTERA DARAT

REJIMEN Gerup Gerak Khas (GGK) terus menjadi kebanggaan Tentera Darat (TD) khususnya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara amnya, apabila kecemerlangannya diakui bukan sahaja di peringkat rantau ini bahkan seluruh dunia.
Rekod kejayaan pasukan komando pemegang beret hijau itu disanjung tinggi kerana namanya sentiasa harum terutama dalam tugasan-tugasan luar negara khususnya bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan misi antarabangsa lain.



Kejayaan demi kejayaan pasukan yang menjadi tonggak barisan hadapan pertahanan negara dengan kredibiliti, disegani dan sentiasa diyakini itu bukan lagi rahsia.

Bahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut memuji pasukan berkenaan kerana cukup terkenal dengan kebolehan dan keupayaannya yang setanding dengan tentera dari negara lain.

Abdullah yang juga Menteri Pertahanan berkata, peranan cemerlang GGK telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa khususnya dalam misi bantuan di Bosnia dan Somalia, tidak lama dahulu.

Beliau mengimbas semula bagaimana keperwiraan pasukan itu menjadi bualan di bibir tentera-tentera negara lain.

"Apa yang dikatakan oleh pasukan tentera dari negara lain ialah pasukan dari Malaysia memainkan peranan amat baik dalam melaksanakan misi-misinya hingga ada tentera negara lain tidak boleh buat tetapi tentera kita boleh buat," katanya sewaktu melawat Kem Iskandar di Mersing, baru-baru ini.

Lawatan itu adalah sempena majlis penganugerahan Beret Hijau Kehormat kepada Abdullah di kem berkenaan.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin; Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Panglima 21 GGK, Datuk Awie Suboh.

Perdana Menteri berkata, peranan GGK di persada antarabangsa adalah umpama duta kecil Malaysia yang cukup dikagumi hingga berjaya memastikan setiap misi disempurnakan dengan sebaik mungkin.

"Disebabkan itu, Malaysia adalah antara negara yang sentiasa diminta oleh PBB untuk berkhidmat menegakkan keamanan dan ketenteraman di peringkat antarabangsa dalam pelbagai peristiwa," katanya.

Justeru, beliau menyeru agar pasukan tersebut mengekalkan rekod kecemerlangan tersebut yang menjadi kebanggaan rakyat dan negara ini.

Selaku pasukan elit, GGK sentiasa terbukti berupaya memberi perkhidmatan secara bersepadu dengan memberi fokus kepada mengembangkan potensi kemampuan serba boleh setiap anggotanya.

Ini termasuk penekanan terhadap aspek integriti dan saling bekerjasama dalam melaksanakan perkhidmatan antara ketiga-tiga sayap pasukan tentera bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.

GGK sentiasa relevan melalui proses transformasi seperti perolehan aset yang berasaskan teknologi terkini di samping pembangunan modal insan berkualiti.

Pembangunan berkenaan akan memastikan pasukan tersebut memiliki kekuatan unggul dalam menguasai semua aspek peperangan, bersedia untuk menempuh cabaran dalam seluruh spektrum konflik dan krisis secara berterusan.

Dengan cara itu, pasukan tersebut terus mampu mengekalkan keupayaan untuk diatur gerak dengan tangkas , sentiasa bersedia dan profesional bagi mematahkan kekuatan musuh dalam mempertahankan ancaman luar.

Selain itu, komitmen besar anggota tentera terhadap tugas-tugas sekunder tidak kurang hebatnya yang antaranya membantu polis dan pihak berkuasa awam memelihara ketenteraman awam dan operasi anti-keganasan dari semasa ke semasa.

Pada majlis itu, Abdullah melahirkan rasa bangga kerana menerima Beret Hijau Kehormat yang amat tinggi nilainya dan menjadi lambang keperwiraan komando.

Beliau dipakaikan Beret Hijau, Lanyard Biru, Sangkol dan Lambang Sayap Ketua Penerjunan oleh Jeneral Muhammad Ismail sebelum memeriksa perbarisan kawalan kehormatan oleh 99 anggota GGK diketuai oleh Mejar Alfarizan Marzuki.

Selain itu, demonstrasi kumpulan pembawa beret dengan aksi mendebarkan menggunakan helikopter turut mencuri perhatian para hadirin pada majlis penganugerahan Beret Hijau itu.

Seramai 250 anggota GGK pelbagai pangkat turut menyaksikan penganugerahan bersejarah berkenaan.

Beret Hijau Kehormat adalah lambang keagungan, keperwiraan dan mutu keberanian yang tinggi nilainya bagi melambangkan pengorbanan serta taraf profesionalisme tinggi sebagai seorang wira.

Hanya mereka yang benar-benar layak berhak dianugerahkan beret tersebut sebagai salah seorang ahli rejimen GGK iaitu sebuah pasukan diperakui sebagai pasukan elit dalam angkatan tentera dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Penganugerahan beret kepada Abdullah adalah mengambil kira ketokohan, kewibawaan dan kecemerlangan beliau sebagai Perdana Menteri serta sumbangannya dalam usaha meningkatkan pembangunan dan pemodenan GGK dan amnya, ATM.

Abdullah merupakan penerima anugerah beret hijau yang ke-32 dan penerima kedua daripada kalangan Perdana Menteri selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menerimanya pada 2001.

Perdana Menteri turut menyaksikan demonstrasi menarik unit melawan keganasan merangkumi basic shooting, agility shooting dan sniper.

Selain itu, GGK turut mengadakan demonstrasi 'room entry dan hostage rescue yang menampilkan aksi one room combat dan face to face shooting.

Selain itu, antara yang menarik ialah pameran statik menampilkan pelbagai senjata canggih dan peralatan survival komando serta demonstrasi amfibia yang mempamerkan aksi komando dalam air.

utusan malaysia

Tuesday, October 5, 2010

IDENTITI ASKAR WATANIAH (AW)















Collar Dog Askar Wataniah

Identiti bagi sebuah organisasi tentera adalah menunjukkan satu tradisi yang perlu dikekalkan dan dipelihara. Daripada bentuk, lakaran, warna dan simbol yang tertera di atas lambang, kita akan dapat mengenali pasukan tersebut. Identiti AW dapat melambangkan sipemakai malahan ia juga dapat memupuk semangat patriotisme, cintakan organisasi dan espirit de corp  AW.

Pemakaian Paraphernalia AW. Semasa memakai pakaian seragam tentera, warga AW perlu memakai paraphernalia khas AW. Amalan pemakaianparaphernalia AW adalah seperti berikut:




Tanda Nama Kor.  ‘WATANIAH’ dipakai untuk pakaian.




Lambang Askar Wataniah: Lambang Askar Wataniah adalah seperti berikut:






  1. Bentuk logo adalah bentuk perisai.
  2. Warna yang digunakan adalah warna emas pada keseluruhan logo.
  3. Motto dalam tulisan jawi "Berkhidmat Untuk Negara"


Konsep Lakaran

Bunga Padi – Perpaduan, keharmonian dan kerjasama di kalangan
                           semua perkhidmatan ATM.

Keris dan Parang  –  Kepahlawanan dan keperwiraan sentiasa dijunjung
                                       demi agama, bangsa dan negara.

Bulan dan Bintang  –    Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.




Cogan Kata - Cogankata AW "Berkhidmat untuk Negara". Ia
 merupakan aspirasi dan keprihatinan anggota AW yang 
bersedia berkhidmat untuk negara apabila diperlukan. Sentiasa
 rela berkorban masa dan tenaga demi kepentingan
 tanah air yang tercinta terutama semasa negara memerlukan
 khidmat mereka.


Lagu AW. Bersesuaian dengan slogan AW, Kapt (B) Salmi 
bin Hj Mohd Mustaium telah menulis lirik lagu AW, pada awal
tahun 70-an. Beliau ialah seorang pegawai Tetap dari 
Kor Semboyan dan menulis lirik lagu ini semasa 
berkhidmat di 13 Skn Semboyan DiRaja AW. Kpl Hatami
bin Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Suhaimi Hamid 
seorang anggota AW yang merupakan seorang penyanyi pada
tahun 70-an telah mencipta lagu ini dan kekal hingga 
sekarang. Lagu dan senikata adalah seperti di halaman

Bendera AW. Menggunakan tiga warna iaitu merah, hijau dan 
sebuah bintang pecah 14 yang berwarna kuning. Makna setiap 
warna dan bentuk adalah seperti di bawah :





  • Merah  –   Melambangkan semangat perjuangan,kegagahan, 


                           keperwiraan dan etika yang tinggi.

  • Hijau    –   Melambangkan kemakmuran tanah air.

  • Kuning  –  Melambangkan negara yang mengamalkan dasar
                           raja berperlembagaan.





    Pecahan Bintang.  Melambangkan 14 negeri yang ada di 
                                       Malaysia.


    Rumah Askar Wataniah  Mesyuarat Jawatankuasa AW pada
    3 Sep 86 yang dipengerusikan oleh Brig Jen Hussein bin 
    Mohd Ali Piah telah memilih Pusat Latihan Askar Wataniah (PLAW) 
    yang sekarang dikenali sebagai PUSWATAN menjadi Rumah AW. 
    Seterusnya pada 22 Jul 1989 sempena perasmian PUSWATAN 
    sebagai Pusat Latihan bagi anggota AW, Panglima Tentera Darat 
    turut mengisytiharkan secara rasminya PUSWATAN 
    sebagai Rumah AW.











  • Wisma Perwira dan Wisma Bintara.Berlanjutan kepada 
  • pengisytiharan PUSWATAN sebagai Rumah AW, Wisma Perwira 
  • dan Wisma Bintara PUSWATAN juga telah diisytiharkan 
  • sebagai Wisma Perwira AW dan Wisma Bintara AW. Ini sejajar 
  • dengan fungsi PUSWATAN sebagai Pusat Latihan untuk pegawai 
  • dan anggota AW di mana semasa menghadiri latihan atau 
  • kursus di Pusat Latihan tersebut, mereka berpeluang 
  • menggunakan kemudahan wisma.

  • Kombo D’ASWA.  Kombo D'ASWA ialah sebuah pancaragam 
  • yang dianggotai oleh anggota-anggota Kerahan. Kombo ini di 
  • bawah pentadbiran Bahagian Pasukan Simpanan. Segala 
  • tempahan untuk persembahan kombo ini tertakluk kepada 
  • kelulusan PS 1 Tadbir/Anggota atau PS 3 Rejimental.


Brass Band AW.Sejajar dengan perkembangan TD, AW turut 
memperlengkapkan organisasinya dengan penubuhan Brass Band 
bagi memenuhi keperluan semasa AW. Rej 512 (AW) dan Rej 502 (AW)
 telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan dan mengurus dari
aspek keanggotaan dan peralatan Brass Band AW tersebut


Tabung Kor AW. Tabung Kor AW adalah satu tabung yang ditubuhkan
 untuk mengurus pelbagai aktiviti pentadbiran yang melibatkan 
kewangan AW. Aktiviti yang boleh melibatkan kewangan Tabung Kor AW
 adalah seperti sambutan Hari Ulang Tahun AW, aktiviti sukan yang 
melibatkan AW di peringkat Kor atau formasi, kebajikan anggota AW 
dan sebagainya.

Kawad Formasi selaku 2 Pengawal(KADAR)