Followers

Keperluan Untuk Mendaftarkan diri sebagai Ahli Wataniah

SALAM skuad!
PERHATIAN! kepada semua student MICET yg berminat untuk menganggotai ASKAR WATANIAH, dan layak untuk menjadi sebahagian dari kami, sila berjumpa Noraidayu Idris atau Muhamad Haffiz Sahrum.

Untuk mempercepatkan permohonan,sila sediakan:-
-4 salinan ic
-4 salinan surat beranak
-4 salinan sijil SPM
-4 salinan sijil berhenti sekolah
-4 salinan statement akaun bank (Cimb,BSN,Maybank or Affinbank)/ salinan buku bank
-4 gambar bersaiz pasport.

Penyertaan anda dialu-alukan oleh kami..
Sekian ,terima kasih!


Tuesday, October 5, 2010

IDENTITI ASKAR WATANIAH (AW)















Collar Dog Askar Wataniah

Identiti bagi sebuah organisasi tentera adalah menunjukkan satu tradisi yang perlu dikekalkan dan dipelihara. Daripada bentuk, lakaran, warna dan simbol yang tertera di atas lambang, kita akan dapat mengenali pasukan tersebut. Identiti AW dapat melambangkan sipemakai malahan ia juga dapat memupuk semangat patriotisme, cintakan organisasi dan espirit de corp  AW.

Pemakaian Paraphernalia AW. Semasa memakai pakaian seragam tentera, warga AW perlu memakai paraphernalia khas AW. Amalan pemakaianparaphernalia AW adalah seperti berikut:




Tanda Nama Kor.  ‘WATANIAH’ dipakai untuk pakaian.




Lambang Askar Wataniah: Lambang Askar Wataniah adalah seperti berikut:






  1. Bentuk logo adalah bentuk perisai.
  2. Warna yang digunakan adalah warna emas pada keseluruhan logo.
  3. Motto dalam tulisan jawi "Berkhidmat Untuk Negara"


Konsep Lakaran

Bunga Padi – Perpaduan, keharmonian dan kerjasama di kalangan
                           semua perkhidmatan ATM.

Keris dan Parang  –  Kepahlawanan dan keperwiraan sentiasa dijunjung
                                       demi agama, bangsa dan negara.

Bulan dan Bintang  –    Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.




Cogan Kata - Cogankata AW "Berkhidmat untuk Negara". Ia
 merupakan aspirasi dan keprihatinan anggota AW yang 
bersedia berkhidmat untuk negara apabila diperlukan. Sentiasa
 rela berkorban masa dan tenaga demi kepentingan
 tanah air yang tercinta terutama semasa negara memerlukan
 khidmat mereka.


Lagu AW. Bersesuaian dengan slogan AW, Kapt (B) Salmi 
bin Hj Mohd Mustaium telah menulis lirik lagu AW, pada awal
tahun 70-an. Beliau ialah seorang pegawai Tetap dari 
Kor Semboyan dan menulis lirik lagu ini semasa 
berkhidmat di 13 Skn Semboyan DiRaja AW. Kpl Hatami
bin Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Suhaimi Hamid 
seorang anggota AW yang merupakan seorang penyanyi pada
tahun 70-an telah mencipta lagu ini dan kekal hingga 
sekarang. Lagu dan senikata adalah seperti di halaman

Bendera AW. Menggunakan tiga warna iaitu merah, hijau dan 
sebuah bintang pecah 14 yang berwarna kuning. Makna setiap 
warna dan bentuk adalah seperti di bawah :





  • Merah  –   Melambangkan semangat perjuangan,kegagahan, 


                           keperwiraan dan etika yang tinggi.

  • Hijau    –   Melambangkan kemakmuran tanah air.

  • Kuning  –  Melambangkan negara yang mengamalkan dasar
                           raja berperlembagaan.





    Pecahan Bintang.  Melambangkan 14 negeri yang ada di 
                                       Malaysia.


    Rumah Askar Wataniah  Mesyuarat Jawatankuasa AW pada
    3 Sep 86 yang dipengerusikan oleh Brig Jen Hussein bin 
    Mohd Ali Piah telah memilih Pusat Latihan Askar Wataniah (PLAW) 
    yang sekarang dikenali sebagai PUSWATAN menjadi Rumah AW. 
    Seterusnya pada 22 Jul 1989 sempena perasmian PUSWATAN 
    sebagai Pusat Latihan bagi anggota AW, Panglima Tentera Darat 
    turut mengisytiharkan secara rasminya PUSWATAN 
    sebagai Rumah AW.











  • Wisma Perwira dan Wisma Bintara.Berlanjutan kepada 
  • pengisytiharan PUSWATAN sebagai Rumah AW, Wisma Perwira 
  • dan Wisma Bintara PUSWATAN juga telah diisytiharkan 
  • sebagai Wisma Perwira AW dan Wisma Bintara AW. Ini sejajar 
  • dengan fungsi PUSWATAN sebagai Pusat Latihan untuk pegawai 
  • dan anggota AW di mana semasa menghadiri latihan atau 
  • kursus di Pusat Latihan tersebut, mereka berpeluang 
  • menggunakan kemudahan wisma.

  • Kombo D’ASWA.  Kombo D'ASWA ialah sebuah pancaragam 
  • yang dianggotai oleh anggota-anggota Kerahan. Kombo ini di 
  • bawah pentadbiran Bahagian Pasukan Simpanan. Segala 
  • tempahan untuk persembahan kombo ini tertakluk kepada 
  • kelulusan PS 1 Tadbir/Anggota atau PS 3 Rejimental.


Brass Band AW.Sejajar dengan perkembangan TD, AW turut 
memperlengkapkan organisasinya dengan penubuhan Brass Band 
bagi memenuhi keperluan semasa AW. Rej 512 (AW) dan Rej 502 (AW)
 telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan dan mengurus dari
aspek keanggotaan dan peralatan Brass Band AW tersebut


Tabung Kor AW. Tabung Kor AW adalah satu tabung yang ditubuhkan
 untuk mengurus pelbagai aktiviti pentadbiran yang melibatkan 
kewangan AW. Aktiviti yang boleh melibatkan kewangan Tabung Kor AW
 adalah seperti sambutan Hari Ulang Tahun AW, aktiviti sukan yang 
melibatkan AW di peringkat Kor atau formasi, kebajikan anggota AW 
dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

Kawad Formasi selaku 2 Pengawal(KADAR)