Followers

Keperluan Untuk Mendaftarkan diri sebagai Ahli Wataniah

SALAM skuad!
PERHATIAN! kepada semua student MICET yg berminat untuk menganggotai ASKAR WATANIAH, dan layak untuk menjadi sebahagian dari kami, sila berjumpa Noraidayu Idris atau Muhamad Haffiz Sahrum.

Untuk mempercepatkan permohonan,sila sediakan:-
-4 salinan ic
-4 salinan surat beranak
-4 salinan sijil SPM
-4 salinan sijil berhenti sekolah
-4 salinan statement akaun bank (Cimb,BSN,Maybank or Affinbank)/ salinan buku bank
-4 gambar bersaiz pasport.

Penyertaan anda dialu-alukan oleh kami..
Sekian ,terima kasih!


Tuesday, October 5, 2010

MENGAPAKAH ASKAR WATANIAH MICET PERLU DIKEMBANGKAN

Ada beberapa sebab mengapa kita perlu membangunkan Askar Wataniah MICET;

Secara umumnya,

PERTAMA, negara kita tidak mampu menanggung kos pengurusan angkatan tetap yang besar.

KEDUA, aset negara yang kecil perlu dijurus menjadi dwi-fungsi, iaitu untuk membangun ekonomi negara dan untuk pertahanan negara melalui penglibatan dalam Askar Wataniah.

KETIGA, peperangan pada zaman ini bukan diantara dua angkatan tentera yang bermusuhan tetapi melibatkan seluruh negara dan rakyatnya. Oleh itu, kita perlukan rakyat yang berdaya `multi skills' dan berupaya menggunakan semua sumber negara secara bijaksana. Lantas dapat berfungsi menyokong jentera pertahanan negara dalam suasana getir.

KEEMPAT, saiz negara kita dan keadaan geografinya yang dipisahkan oleh Laut China Selatan memerlukan seluruh sumber negara di gembling bagi mewujudkan pertahanan kukuh dan saling membantu.

KELIMA, Dasar Pertahanan Negara (DPN) dengan jelas menerangkan bahawa dalam suasana konflik (negara bersiap sedia untuk berperang) semua sumber negara mesti dimobilisasikan.

KEENAM, kerajaan telah memutuskan untuk tidak mengimplementasikan `national service', maka, alternatif mewujudkan Pasukan Simpanan Tentera Darat yang mantap perlu direalisasikan.

Secara khususnya.

PERTAMA,menanam semangat cintakan tanah air dan semangat mempertahankan negara oleh mahasiswa/siswi dari musuh negara.

KEDUA, disamping mengisi masa hujung minggu yang terluang ,mahasiswa/siswi juga berpeluang mempelajari ilmu dalam tentera dan disiplin yang diterap dan boleh dipraktikal kan diluar.

KETIGA, menyumbang jasa kepada masyarakat dan juga negara sewaktu aman dan darurat.

KEEMPAT, Ahli bernombor mendapat elaun apabila mengikuti latihan secara tidak lansung akan menjadi pendapatan sampingan mhasiswa/siswi dan juga menjadi peluang kerjaya apabila tamat pengajian kelak. 

KELIMA,dapat melahirkan ramai mhsiswa/siswi bernombor serta bakal2 pegawai askar wataniah micet secara tidak langsung dapat mengembangkan nama askar wataniah micet diperingkat UNIKL dan juga antara universiti di MALAYSIA.

No comments:

Post a Comment

Kawad Formasi selaku 2 Pengawal(KADAR)